Anda di sini

60 pegawai penerangan hadiri taklimat aktiviti 2014

Advertisement

KUCHING: Seramai lebih 60 pegawai terdiri daripada pegawai penerangan bahagian, daerah, ketua unit pengurusan isu serta anggota Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak (JPMS) menghadiri Sesi Taklimat Aktiviti Jabatan Penerangan Malaysia 2014, semalam.

Sesi taklimat anjuran Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat serta Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu berlangsung di Auditorium Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), dekat sini.

Taklimat itu bertujuan menerangkan aktiviti utama jabatan sepanjang tahun ini selaras dengan perancangan utama di peringkat ibu pejabat, Putra Jaya.

Sesi taklimat itu juga dimulakan dengan taklimat oleh Penolong Pengarah Cawangan Kempen Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Putrajaya, Ahmad Badaruddin Abdul Haq.

Selain itu, dua penceramah lain yang juga memberi taklimat pada sesi tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JPMS, Helmy Hamid serta Pemangku Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu JPMS, Siti Fairuz Ngatenan.

Advertisement