Anda di sini

Putus hujung jari terlekat celah eskalator

Advertisement

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki terputus hujung jari hantunya selepas jari tangan kanannya itu terlekat pada celah eskalator di se­buah pasar raya terkemuka di Kota Samarahan.

Menurut sumber, insiden berlaku ketika mangsa yang baharu berusia lima tahun berkunjung ke pasar raya tersebut bersama keluar­ganya sekitar jam 8 malam kelmarin.

Menurut sumber, semasa mangsa menaiki eskalator tersebut, dia dikatakan ter­masukkan jarinya ke dalam satu lubang pada tangga itu yang sedang bergerak menyebabkan jarinya me­lekat.

“Usaha keluarga mang­sa untuk menarik keluar jari tersebut tidak berjaya menyebabkan mereka ter­paksa menunggu bantuan daripada kakitangan pasar raya berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, hujung jari mangsa semasa berjaya ditarik keluar dikatakan terputus menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke Hos­pital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Mangsa sehingga berita ini ditulis semalam dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih menerima ra­watan di HUS.

Sementara itu dalam ke­jadian berasingan, seorang lelaki dikejarkan ke HUS se­lepas dikatakan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Canna di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, mangsa yang berusia sekitar 40-an itu semasa kejadian dalam per­jalanan menuju ke Kota Samarahan sebelum kereta yang dipandunya hilang ka­walan lalu terbabas sekitar jam 3 pagi.

Orang awam yang melalui kawasan tersebut kemudian terus membantu mangsa se­mentara menunggu ketibaan anggota paramedik di tempat kejadian.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala itu kemudian dikejarkan ke HUS dengan menggunakan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) un­tuk rawatan lanjut.

Manakala dalam satu ke­jadian berasingan, dua sa­habat serta seorang lelaki warga emas juga turut dike­jarkan ke HUS setelah mo­tosikal yang ditunggangi mereka berlanggar petang semalam.

Menurut sumber, kemalan­gan tersebut berlaku di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce sekitar jam 1 petang.

Ketiga-tiga mangsa yang cedera ringan itu kemu­dian dikejarkan ke HUS dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.

Advertisement