Anda di sini

Lelaki meringkuk di lokap pada hari jadi

Advertisement

SIBU: Seorang suspek lelaki terpaksa meringkuk di dalam lokap pada hari jadi ke-36nya setelah berjaya ditangkap dalam keadaan hanya ber­seluar dalam oleh pasukan polis di sebuah rumah di Jalan Tiong Hua, di sini pagi semalam.

Terdahulu polis menang­kap rakan suspek berumur 20-an di sebuah rumah di kawasan berdekatan dan merampas pelbagai perka­kasan.

Penangkapan suspek itu menjurus polis melakukan serbuan di sebuah rumah lagi juga di Jalan Tiong Hua, pada jam 11 pagi.

Apabila polis menyerbu masuk ke dalam rumah terse­but, seorang lelaki berbangsa Cina tiba-tiba meluru keluar dan terjun dari tingkat atas sebelum lari ke rumah jiran sebelah dalam keadaan ham­pir bogel.

Bagaimanapun, tindakan pantas polis berjaya menahan suspek tersebut di belakang rumah kediamannya.

Polis turut merampas se­buah motosikal dipercayai curi serta sebuah bampar kenderaan pacuan empat roda dijumpai di dalam rumah suspek.

Menurut polis, kedua-dua suspek dipercayai mempun­yai kaitan dengan kes ragut berlaku di sekitar Jalan Hua Kiew di sini.

 

Advertisement