MARAN: Polis Pahang berjaya menumpaskan kumpulan Obert yang aktif melakukan jenayah curi kenderaan, pecah rumah dan ragut di empat daerah di negeri ini dengan tertangkapnya 11 ahli kumpulan itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata dengan penangkapan itu, polis percaya dapat menyelesaikan 18 kes curi kenderaan dan lapan kes pecah rumah di daerah Bera, Temerloh, Maran dan Kuantan.
Katanya tangkapan itu dibuat semasa polis menjalankan Operasi Cantas Lejang dan Operasi Cantas Pintu di daerah Jerantut, Bera, Temerloh, Maran danKuantan mulai pertengahan bulan lepas bagi membanteras kes curi motosikal,kereta dan pecah rumah.
“Hasil daripada operasi ini, pada 28 Dis lepas, seramai 11 lelaki (ahli kumpulan Obert) dan seorang wanita berusia antara 18 hingga 21 tahun telahditangkap di beberapa tempat di daerah Bera, Maran dan Jerantut,” katanya kepadapemberita di sini, semalam.
Beliau berkata, hasil siasatan yang dibuat terhadap semua suspek berkenaan polis berjaya merampas 10 buah motosikal, dua unit chasis motosikal, dua unit enjin motosikal dan lima buah kereta yang kesemuanya bernilai RM150,000.
Mohd Zakaria berkata kumpulan Obert turut terlibat dalam kes ragut di Maran dan Jerantut.
Menurutnya ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek didapati positif dadah.
Katanya kesemua suspek masih direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran untuk siasatan. — Bernama