Anda di sini

Tanglung seri premis perniagaan di Sibu

Advertisement

SIBU: Kebanyakan premis perniagaan di sekitar bandar Sibu dilihat ber­seri-seri dengan hiasan tanglung yang digantung sebagai tanda kehadiran Tahun Baharu Cina yang bakal disambut masyar­akat Cina tidak lama lagi.

Menurut jurucakap Hua Ing General Store Sdn Bhd, David Lau, beliau telah menempah tanglung hiasan dari China disebabkan pel­bagai pilihan corak boleh didapati.

“Saya menempah tan­glung-tanglung dari China untuk hiasan Tahun Baharu Cina kerana lebih banyak pi­lihan corak boleh didapati.

“Kami mempunyai pilihan lebih 10 jenis corak tanglung bagi menyambut kehadiran Tahun Kuda,” jelasnya ke­tika ditemui semalam.

David memberitahu, jua­lan tanglung masih belum mendapat sambutan meng­galakkan memandangkan musim persekolahan baharu bermula.

“Bagaimanapun, kami menjangkakan jualan tan­glung akan mula mendapat sambutan menjelang Tahun Baharu Cina,” katanya.

Tambah beliau, hiasan tanglung tahun ini lebih menarik dengan rekaan kuda sebagai simbolik men­yambut kehadiran Tahun Kuda.

“Selain itu, rekaan lain seperti ikan empurau, bun­ga, tanglung bulat dan ber­bentuk belian turut boleh didapati.

“Tanglung berbentuk bulat paling mendapat sambutan untuk hiasan rumah selain digantung se­bagai hiasan di restoran dan tokong,” ujarnya.

David memberitahu, tan­glung cukup unik kepada masyarakat Cina dan warna merah membawa tuah ke­pada mereka.

Katanya pelbagai pilihan corak tanglung mengikut saiz dan rekaan boleh di­dapati dengan harga antara RM25 hingga RM125.

Advertisement