Anda di sini

Pos Malaysia guna alamat dan poskod sedia ada

Advertisement

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan meneruskan sistem penghantaran semua barang pos menggunakan alamat pos dan poskod sedia ada.

“Bagi mereka yang telah mengambil inisiatif menukar alamat seperti yang dicadangkan Jabatan Pendaftaran Negara, tidak perlu khuatir barang pos tetap akan dihantar memandangkan ia termasuk dalam sistem Pos Malaysia,” katanya.

Sejak Oktober tahun lepas, Pos Malaysia menjalankan kaji selidik dengan mengedarkan alamat poskad untuk mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan format alamat baharu di beberapa tempat terpilih di Kuala Lumpur, Selangor dan Seremban.

Hasil kaji selidik itu, yang dilakukan di kawasan penduduk padat dan perniagaan di kawasan berkenaan, mendapati sebahagian besar tidak berminat dengan perubahan yang dicadangkan itu. — Bernama

Pos Malaysia juga mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan orang ramai yang mengambil bahagian dalam kaji selidik itu dan atas sokongan berterusan, kepercayaan dan keyakinan terhadap syarikat itu. — Bernama

Advertisement