Anda di sini

Lambang keazaman rakyat

Advertisement

JERSI BAHARU: (Dari kanan) Torstein, Sudarsono, Abdul Karim dan Abu Bakar menunjukkan isyarat bagus selepas melancarkan jersi baharu skuad Sarawak bagi musim 2014 malam kelmarin.

KUCHING: Juara Liga Perdana 2013, Sarawak mendapat suntikan tajaan daripada Sarawak Energy Berhad (SEB) selama dua tahun bagi mengharungi kempen Liga Malaysia 2014.

Pemeteraian perjanjian tajaan telah disempurnakan pada majlis pelancaran jersi baharu Sarawak bagi musim 2014 bertempat di Sta­dium Perpaduan malam kelmarin.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datu Sudarsono Osman dalam ucapannya melahirkan rasa gembira dan bangga dengan kesudian SEB menjadi penaja utama skuad negeri sepan­jang musim ini.

Menurutnya, nama SEB yang akan terpampang di jersi Ngap Sayot membawa maksud yang cukup is­timewa.

“Pasukan Sarawak mela­mbangkan keinginan rakyat negeri ini untuk terus maju mencapai kecemerlangan,” katanya semasa majlis pelan­caran jersi baharu Sarawak bagi musim 2014.

“Manakala ‘Energy’ mela­mbangkan tenaga yang akan terus memacu pasukan ini memburu lebih banyak ke­jayaan.”

Sudarsono turut merakam­kan terima kasih kepada penaja-penaja lain yang terus sudi menghulurkan sokon­gan kepada skuad Ngap Sayot.

Sementara itu, Ketua Pega­wai Eksekutif (CEO) Sarawak Energy Datuk Torstein Dale Sjotveit melahirkan rasa gembira dan bangga kerana diberi penghormatan men­jadi penaja utama skuad Sarawak bagi musim 2014.

“Kita telah melantik ramai kakitangan muda sejak empat tahun lepas bagi mempas­tikan warga kerja Sarawak Energy mengikuti perkem­bangan skuad Sarawak sepa­njang 2014,” katanya.

Pada masa sama, Torstein juga merakamkan terima kasih kepada FAS kerana sudi melantik Sarawak En­ergy sebagai penaja utama.

Selain Sarawak Energy, skuad Sarawak turut men­dapat tajaan daripada Shin Yang, YWP, Lea Sports Centre, Ibraco, Marina Park City Everly, Titanium, Rim­bunan Hijau, DD Plantations Sdn Bhd dan Syarikat Pener­bangan Malaysia (MAS).

Pada majlis sama, FAS turut memperkenalkan 26 pemain baharu serta barisan jurulatih skuad Sarawak.

Hadir sama Timbalan Pres­iden FAS Datu Mohammad Abu Bakar Marzuki, Menteri Muda Pembangunan Belia dan Menteri Muda Peru­mahan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Pen­garah Pendidikan Sarawak Datu Abdillah Adam.

Advertisement