Anda di sini

Kejayaan Dangerous, Angela banggakan komuniti Bidayuh

Advertisement

KUCHING: Dangerous Lee Mathew dan Angela Kais, dua nama yang kurang popular dalam kalangan atlet negara melakar sejarah tersendiri dan menjadi kebanggaan komu­niti Bidayuh di negeri ini.

Selain nama besar iaitu Ratu Terjun Negara Pandelela Rinong, Dangerous dan An­gela yang berasal dari Kam­pung Git, Penrissen dekat sini mengharumkan nama Malay­sia khususnya dalam arena sukan Asia Tenggara apabila mereka membantu pasukan masing-masing meraih pingat pada Kejohanan Sukan SEA di Myanmar, Disember lalu.

Dangerous membantu pas­ukan hoki negara meraih pin­gat emas, manakala Angela tonggak utama pasukan bola sepak wanita negara yang memenangi pingat perak pada temasya berkenaan.

Kepulangan mereka berdua ke kampung halaman baru-baru ini disambut meriah oleh penduduk kampung pada satu majlis kesyukuran dan penyampaian cenderamata serta sedikit insentif atas sum­bangan mereka dalam arena sukan negara.

Menurut Ketua Kaum Kampung Git, Kidat Paon pemilihan Dangerous dan An­gela mewakili negara pada Su­kan SEA Myanmar merupa­kan kebanggaan penduduk kampung berkenaan.

“Kedua-duanya bukan sa­haja membantu mengharum­kan nama negara tetapi juga nama kampung kami.

“Kita mendoakan mereka ini akan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang,” kata Kidat.

Pada majlis yang sama, Kidat menyampaikan insen­tif kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam dari kampung berkenaan serta beg sekolah kepada murid Tahun Satu.

Advertisement