Anda di sini

86 pemain remaja mencabar pertandingan badminton SBA

Advertisement

KUCHING: Seramai 86 pemain remaja termasuk 15 perempuan menyertai pertandingan badminton yang diadakan di dewan Per­satuan Badminton Sarawak (SBA) bermula hari ini.

Ia dianjurkan oleh SBA dan bertujuan mencari pemain untuk mewakili Sarawak pada SUKMA XVII di Perlis yang akan berlangsung dari 24 Mei hingga 4 Jun 2014.

Peserta yang terlibat beru­mur dalam lingkungan 16-21 tahun dan dibahagikan ke­pada 12 pasukan.

Mereka akan bersaing dalam kategori perseoran­gan dan beregu lelaki dan perempuan.

Antara pasukan yang turut serta adalah SBA, Persatuan Badminton Bintulu, Per­satuan Badminton Kuching 2002, Persatuan Badminton Samarahan, Persatuan Bad­minton Miri 2002, Persatuan Badminton Baram, Penguru­san Badminton Pacific, Pusat Latihan Liew Wah Sam, Pusat Latihan Chong Cheong Yong, Kapit, Akademi Badminton Thumb’s Up dan Kuching.

Pasangan kembar Adam Lau dan Alfred Lau dil­etakkan selaku pilihan per­tama dan kedua, diikuti James Liaw dan Clement Chieng.

Mereka juga menjadi pi­lihan pertama dalam acara beregu, diikuti Jong Wee Fook-Lai Zing Neng (2), Gabriel Wong-James Liaw (3) dan Donaven Sujang Majang-Kam Sim Siong (4).

Sementara itu, 11 pemain perempuan pula menampil­kan Goh Suk Yun (1) dan Chai Sze Bing (2).

Hanya enam regu perem­puan akan bertarung bagi merebut kejuaraan dalam liga ‘round-robin.’

Mereka yang turut serta ialah Kourtney Kho-Viviene Kua, Kam Wei Li-Yong Ping Ping, Kristy Tay-Shawn Lee, Hafizah Zulkifli-Stella Thien, Goh Suk Yun-Sharon Ngu dan Immanlany Jose Tan-Nicole Nikola Johannes.

Final akan diadakan pada Ahad ini bermula jam 1 petang.

Advertisement