Anda di sini

Tun Salahuddin raikan penceramah dari Indonesia

Advertisement

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah telah menganjurkan jamuan makan malam bersama Dr H. Aswin Rose Yusuf dan isterinya Rachmaniah Iswari Kesuma Aswin di Sri Impian di Kampung Temenggong Jalan Matang di sini, malam kelmarin.

Terdahulu Dr Aswin dari Jakarta menyampaikan ceramah mengenai ‘Pengenalan Maulidur Rasul’ di Dewan Besar Astana Negeri.

Kira-kira 200 kakitangan Astana, ketua jabatan kerajaan, pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan kebajikan mengahadiri majlis itu.

Pada tahun ini Maulidur Rasul yang disambut pada 14 Januari menyaksikan bahagian Mukah sebagai tuan rumah bagi sambutan untuk peringkat negeri.

Antara yang hadir pada majlis berkenaan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, Mufti Negeri Datu Kipli Yassin, ketua-ketua jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Advertisement