Anda di sini

Rombongan Korea Selatan, duta Iran kunjungi Pandikar

Advertisement

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam menerima kunjungan rombongan Jawatankuasa Perundangan dan Kehakiman Parlimen Korea Selatan di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini.

Rombongan tujuh anggota itu diketuai pengerusinya Park Young-sun.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Pandikar Amin berkata kunjungan itu membolehkan kedua-dua pihak bertukar pendapat berhubung pembangunan parlimen negara masing-masing.

Sepanjang pertemuan 30 minit itu, Park turut mempelawa Pandikar Amin melawat Parlimen Korea Selatan pada Mac ini.

Pandikar Amin kemudian menerima kunjungan hormat Duta Iran di Malaysia Mohammad Jalal Firouznia.

Pada pertemuan itu, perbincangan mereka bertumpu kepada persidangan tahunan Kesatuan Parlimen Negara-negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Islam yang akan diadakan di Iran tahun ini.

Beliau turut dijemput menghadiri persidangan itu di Tehran pada pertengahan Februari ini. — Bernama: Bermula musim ini, mana-mana penyokong Ngap Sayot yang ditangkap membakar suar atau mer­cun ketika menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) akan disenarai hitam dan dila­rang memasuki Stadium Negeri.

Timbalan Presiden Per­satuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datu Mohammad Abu Bakar Marzuki berkata pihaknya terpaksa mengam­bil langkah tersebut kerana persatuan menanggung ban­yak kerugian pada musim lalu akibat didenda ekoran sikap tidak bertanggungjawab seg­elintir penyokong.

“FAS tidak akan teragak-agak menyenaraihitamkan penyokong yang masih berdegil membakar suar atau mercun ketika menonton perlawa­nan bola sepak di stadium.

“Kami memand­ang serius perka­ra ini kerana sikap tidak bertanggung­jawab ini bukan sa­haja membahayakan penyokong lain malah menda­tangkan banyak keru­gian kepada persatuan,” katanya.

Menurutnya, FAS telah menanggung kerugian se­banyak RM200,000 pada dua musim lalu semata-mata un­tuk membayar denda akibat pembakaran suar dan mer­cun di dalam stadium.

“Bayangkan pada setiap perlawanan persatuan ter­paksa membayar sejumlah RM30,000 hingga RM40,000. Alangkah baiknya jika wang itu digunakan untuk mem­beli pemain baharu bagi memantapkan pasukan kita,” ujarnya.

Sehubungan itu, Abu Bakar berharap para penyokong memberikan kerjasama dan tidak melakukan perkara yang boleh mengundang ma­salah kepada persatuan dan diri mereka sendiri.

Dalam pada itu, Sarawak akan mengadakan perlawa­nan persahabatan menentang KL SPA FC pada Sabtu ini (11 Januari) jam 8.15 malam di Stadium Negeri.

Ia merupakan perlawanan ujian terakhir Sarawak sebe­lum mereka memulakan sain­gan Liga Super 2014 menen­tang ATM pada 18 Januari ini di Stadium Selayang.

Tiket untuk perlawanan persahabatan tersebut akan dijual pada harga RM10 (teres terbuka) dan RM15 (teres tertutup) di Lea Sports Centre, Wisma Hopoh dan Stadium Negeri.

Advertisement