Anda di sini

Perenang negara sasar atasi rekod kebangsaan di Sukan Komanwel dan Sukan Asia

Advertisement

KUALA LUMPUR: Dua perenang elit negara, Daniel Bego dan hristina Loh Yen Ling berazam untuk memec­ahkan rekod kebangsaan pada Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, ta­hun ini.

Christina, yang meraih dua pingat emas pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, berharap untuk mara ke peringkat akhir di kedua-dua temasya berkenaan walaupun sedar ia bukan satu tugas mudah.

“Saya harap dapat buat terbaik pada kedua-dua te­masya itu dan mencatat rekod baharu dalam acara 100m kuak dada,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penghargaan untuk atlet ne­gara ke Sukan SEA Myanmar oleh Kenny Rogers Roasters, di sini semalam.

Pada Sukan SEA Myanmar Disember lepas, Christina meraih pingat emas menerusi acara 100m dan 200m kuak dada.

Beliau berkata prestasinya kurang memuaskan pada awal tahun lepas, namun menunjukkan peningkatan semasa Sukan Perpaduan Islam Ketiga di Palembang pada September lepas serta di Myanmar.

Christina berkata buat masa ini, beliau belum dimaklum­kan mengenai perancangan menghadapi kedua-dua te­masya berkenaan berikutan keadaan jurulatihnya, Paul Birmingham yang belum pulih sepenuhnya daripada demam denggi.

Daniel Bego yang turut ber­hasrat mencatat rekod baharu dalam acara 400m gaya bebas, berharap dapat menampilkan prestasi terbaik pada kedua-dua temasya berkenaan. — Bernama

Advertisement