Anda di sini

Pengasingan cukai haram hanya akan pecah belahkan lagi rakyat

Advertisement

KUALA LUMPUR: Cadangan supaya diasingkan hasil cukai daripada alkohol dan perjudian, yang lebih dikenali sebagai ‘sin tax’ (cukai haram), hanya akan memecahbelahkan lagi rakyat Malaysia, kata Ketua Pemuda GERAKAN Tan Keng Liang.

Jika cadangan itu diterima, ia hanya akan memisahkan lagi orang Islam dan bukan Islam.

“Sebenarnya, kita tidak harus mewujudkan lebih banyak dasar yang berunsur kaum atau agama. Dasar seperti itu tidak diperlukan,” kata Tan apabila dihubungi.

Di sebaliknya, beliau berkata mana-mana cukai yang dikutip harus digunakan untuk membantu warga Malaysia tanpa mengambil kira kaum atau latar belakang agama mereka.

Tan berkata demikian sebagai mengulas cadangan setiausaha pengelola kebangsaan DAP Anthony Loke kelmarin bahawa semua hasil cukai daripada alkohol dan perjudian dimasukkan dalam satu akaun khas yang akan digunakan untuk kebajikan bukan Islam. Ini, katanya, dengan serentak akan mengatasi kebimbingan umat Islam berhubung hasil cukai yang tidak halal. — Bernama

Advertisement