Anda di sini

Lelaki direman dua hari bantu siasatan kes pecah rumah, curi

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki diperintahkan Mahkamah Majistret semalam supaya direman dua hari untuk membantu siasatan lanjut polis kerana disyaki terlibat dalam satu kes pecah rumah dan curi.

Perintah itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Rendah, Haizah Tamin setelah membenarkan permohonan reman yang dikemukakan Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Zainal Abidin Ahmad dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonannya, Zainal memberitahu pada 16 Mei 2013, seorang pengadu telah membuat laporan di Balai Polis Lutong yang mendakwa rumahnya telah dipecah masuk oleh orang yang tidak dikenali.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 2.17 pagi hari sama, beliau telah dimaklumkan oleh kakaknya bahawa rumahnya yang terletak di Jalan Maigold Desa Senadin dipecah masuk pencuri melalui pintu tepi yang diumpil.

Pengadu yang kemudian membuat pemeriksaan lanjut mendapati beberapa barang seperti satu unit televisyen 46 inci, sebuah komputer riba dan duit syiling yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM5,199 telah hilang.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 5 petang 6 Januari lalu, polis berjaya menangkap suspek kerana disyaki terlibat dalam kes itu.

Dalam permohonannya, Zainal memberitahu reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 46 tahun dari Kampung Haji Wahed di sini amat diperlukan untuk membolehkan polis melengkapkan siasatan kes.

Advertisement