Anda di sini

Hii pemenang hadiah utama cabutan bertuah Sony Centre/PC Image

Advertisement

MIRI: Bak kata pepatah ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu’.

Itulah yang dialami Hii Siew Elc apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama untuk cabutan bertuah anjuran Sony Centre/PC Image di sini baru-baru ini.

Kemenangan Hii telah diumumkan oleh Ketua Sony Centre/PC Image Miri Danny Vonn pada satu majlis ringkas sempena cabutan bertuah di premisnya di sini.

“Saya langsung tidak menduga akan menerima hadiah sebesar ini.

“Apa pun terima kasih kepada Sony Centre/PC Image Miri yang telah mengadakan cabutan bertuah seperti ini kepada para pelanggan,” katanya.

Manakala hadiah kedua dan ketiga masing-masing telah dimenangi Yee Kwang Yiew dan Hasnul Ghazali Idrus.

Ketiga-tiga mereka masing-masing telah menerima hadiah berupa set karaoke dan televisyen jenama Sony.

Menurut Voon, semua pelanggan yang membeli apa jua produk atau barangan elektrik bernilai RM1,000 dan ke atas di premis mereka adalah layak menyertai cabutan bertuah tersebut,” katanya sambil memberitahu sambutan yang diterima amat menggalakkan sekali gus dapat meningkatkan hasil jualan produk mereka.

Dalam pada itu menurut beliau, cabutan bertuah itu diadakan khas untuk para pelanggan sempena sambutan Hari Krismas yang lalu.

Advertisement