Anda di sini

Francis bawa perubahan, kejayaan dalam sukan negeri

Advertisement

KUCHING: Bekas Pen­garah Majlis Sukan Negeri Sarawak Francis Nyurang Ding diraikan pada Majlis Jasamu Dikenang Bersama MSNS 2014 di sini malam kelmarin.

Ia diadakan sebagai tanda penghargaan kepada beliau yang telah menamatkan tugas sebagai pengarah MSNS sejak 31 Disember lalu.

Francis mula membimbing MSNS setelah mengambil alih tugas dari Annuar John pada 2005.

Beliau akan menyertai Perbadanan Sukan Negeri Sarawak (SCC) bersama-sama Dr Ong Kong Swee yang ber­tindak selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Hadir sama Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin, Pengarah Pendidikan Sarawak Datu Abdillah Adam, Penga­rah Unit Pengurusan Sum­ber Manusia Jabatan Ketua Menteri (JKM) Datu Dr Ra­zali Abon, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak (KPS) Affandi Keli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak (JBS) Haris Ishak dan Presiden Per­satuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) Dato Patrick Liew.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran kakitangan MSNS dan KPS.

Sementara itu, Affandi berkata Francis telah men­jalankan tugas dengan baik semasa membimbing MSNS selama sembilan tahun.

“Beliau (Francis) telah membawa banyak peruba­han dan kejayaan dalam su­kan negeri sejak mengetuai MSNS.

“Ini dapat dilihat ber­dasarkan peningkatan dari segi pencapaian negeri pada temasya SUKMA sebelum ini,” katanya semalam.

Menurut Affandi, beliau berharap pengarah baharu yang dilantik nanti akan meneruskan kesinambun­gan kecemerlangan Sarawak dalam bidang sukan.

“Kita masih belum me­mutuskan calon pengarah yang baharu namun ia akan diumumkan dalam tempoh terdekat.”

Advertisement