Anda di sini

DAP Sarawak buat persediaan awal hadapi PRN akan datang

Advertisement

SIBU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sara-wak akan membuat per-sediaan awal bagi meng-hadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dengan penubuhan Jawatankuasa Persediaan Pilihan Raya Sibu semasa satu mesyuarat di sini malam kelmarin.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, jawatankuasa itu yang mempunyai 11 ahli jawatankuasa akan diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pelawan David Wong.

Selain Wong, ahli-ahli lain terdiri daripada Oscar Ling, Alice Lau, Yap Hoi Liong, Stephen Lu, John Ng, Ngieng Ping Sing, Irene Chang, Ling Fong, Ting Kwong Ping dan Stanley Chiew.

“Tujuan kami menu-buhkan jawatankuasa ini bagi mempertahankan tiga kerusi yang telah kami menangi serta merampas satu lagi kerusi di sini pada Pilihan Raya Negeri akan datang,” ujarnya pada sidang media, semalam.

Pada PRN lepas, DAP menang di kerusi DUN Dudong, Bukit Assek dan Pelawan.

“Sasaran kami pada Pili-han Raya Negeri akan datang adalah untuk meram-pas kerusi DUN Bawang Assan, selain mengekalkan kemenangan di ketiga-tiga kerusi terbabit,” jelas Chong.

Menurut Chong, adalah tidak mustahil bagi DAP untuk merampas kerusi DUN Bawang Assan jika semua ahli parti bekerja keras dan bersatu.

Kerusi DUN Bawang Assan kini disandang oleh Dato Sri Wong Soon Koh daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Ditanya sama ada DAP hanya menyasarkan kerusi di kawasan bandar dan pinggir bandar, beliau berkata DAP selama ini telah berusaha bersungguh-sungguh bagi melebarkan pengaruhnya di kerusi luar bandar.

Katanya DAP Cawangan Tasik Biru dan Sri Aman kini semakin kuat dengan sokongan padu daripada penduduk di luar bandar yang akan membantu usaha parti melebarkan sayap ke luar bandar.

Mengenai tarikh PRN akan datang, Chong me-nyangkal kemungkinan ia akan diadakan pada tahun ini, melainkan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memutuskan untuk bersara.

“Pilihan Raya Negeri akan datang hanya akan diadakan selewat-lewatnya pada 2016, namun kita perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” ujarnya.

Advertisement