Anda di sini

Bekas pelajar SMK Luar Bandar Sibu No 1 anjur makan malam

Advertisement

SIBU: Bekas pelajar SMK Luar Bandar Sibu No 1 akan menganjurkan Majlis Makan Malam Perjumpaan pada 8 Mac di  Hotel Kingwood di sini bermula jam 6.30 petang.

Pengerusi penganjur Sammy Ngelambai berkata program tersebut  dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 sekolah terbabit ditubuhkan.

Beliau berkata, pada sebelah pagi mereka akan menanam pokok dan mendiri batu peringatan di sekolah berkenaan sebagai memperingati acara tersebut.

“Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie akan hadir sebagai tetamu kehormat kita pada perhimpunan itu.

“Turut dijangka hadir ialah bekas pelajar yang juga ADUN Daro Murni Suhaili dan Komander Infantri Sembilan Briged Brigadier Jeneral Muhammad Daniel @ Damien Abdullah,” katanya semalam.

Beliau berkata, mereka juga akan menyampaikan sumbangan kepada 20 pelajar terpilih semasa majlis makan malam itu.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Penghulu Enyang Menchol di talian 0198162847 dan Sammy Ngelambai di 0138184540 .

Advertisement