Anda di sini

Saingan Badminton Veteran, Novis Piala Hikmah Petra Jaya

Advertisement

KUCHING: Kejohanan Badminton Veteran dan Novis (amatur) Piala Hikmah Petra Jaya akan diadakan di Dewan Badminton PBBS, di Jalan Sultan Tengah di sini pada 31 Januari ini bermula jam 7.30 malam.

Dianjurkan Persatuan Badminton Bumiputera Sarawak (PBBS) dan Hikmah Petra Jaya, pertandingan dibuka kepada pemain-pemain pasukan baharu.

Penyertaan hanya terhad kepada 32 pasukan berdasarkan siapa yang datang awal.

Setiap pasukan perlu membayar RM150 sebagai yuran penyertaan.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM1,200 serta piala, sementara tempat kedua dan ketiga masing-masing meraih RM700 dan RM400 serta piala.

Tarikh tutup pendaftaran pada 27 Januari, jam 5 petang.

Bagi mereka berminat dan mendapatkan borang pendaftaran serta maklumat lanjut boleh menghubungi Mahadir Yusof di talian 014-8794237, Asim Sapong (013-8207875), Husaini (013-8284666), Ahmad Jamil Gama (016-8841522), Bakri (019-85990991), Lim (019-8873210) dan Yusof Sahar (014-6817185).

Advertisement