Anda di sini

Penyokong diajak meriahkan perasmian jersi baharu

Advertisement

KUCHING: Penyokong Sarawak diajak memeriahkan majlis perasmian jersi baharu skuad Ngap Sayot musim 2014 bertempat di Stadium Perpaduan, di sini pada malam ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Mohammad Abu Bakar Marzuki berkata perasmian jersi baharu itu akan bermula pada jam 8 malam.

Pada majlis sama, FAS juga akan menandatangani perjanjian tajaan dengan Sarawak Energy.

Justeru, beliau berharap penyokong dapat hadir untuk memberi sokongan selain beramah mesra dengan pemain-pemain baharu Sarawak.

“Ini merupakan detik yang paling ditunggu-tunggu oleh penyokong setia Ngap Sayot. Kita harap para penyokong akan datang beramai-ramai memeriahkan majlis ini,” katanya di sini semalam.

Advertisement