Anda di sini

Pengawal keselamatan meninggal dunia selepas menahan pencuri

Advertisement

KUCHING: Seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya meninggal dunia selepas berjaya menahan seorang pencuri petang kelmarin.

Mangsa, Ee Teck Khoon, 50, semasa kejadian dikata-kan sedang bertugas di pasar raya tersebut yang terletak di Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, di sini iaitu sekitar jam 1.30 petang.

Difahamkan, mangsa telah melihat suspek memasukkan beberapa barang yang belum dibayar ke dalam saku seluarnya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kemudian terus bertindak mengejar suspek.

Suspek yang cuba me-larikan diri bagaimanapun berjaya ditahan di luar pasar raya tersebut dan telah dibawa masuk ke dalam pejabat mangsa untuk tujuan soal siasat.

Selang beberapa minit kemudian, mangsa dikata-kan tiba-tiba pengsan menyebabkan rakan se-kerjanya terpaksa meng-hubungi pihak ambulans untuk mengejarkan mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dipercayai akibat tekanan darah tinggi sebaik sahaja tiba di HUS.

Advertisement