Anda di sini

Pencuri tegar ditahan polis, pelbagai barang dirampas

Advertisement

MASIH DISIASAT: Kereta Honda Accord tersebut yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk melakukan jenayah.

SIBU: Seorang lelaki yang juga pencuri tegar ditahan polis di sebuah rumah di Jalan Au Yong di sini, pagi semalam.

Suspek, 46, berbangsa Cina dan berasal dari Bintangor, juga dikenal pasti sebagai penagih dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kes pecah rumah dan curi kereta.

Dalam serbuan pada jam 11 pagi semalam, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah bertindak menangkap suspek ketika sedang berada di rumah berkenaan.

Polis juga merampas pelbagai jenis barang dipercayai barang curi termasuk sebuah patung gajah yang diperbuat daripada tembaga, sebuah motosikal jenis Honda EX5, dua buah rim motosikal, tiga buah penutup enjin motosikal dan sebuah beg mengandungi perkakasan yang disimpan di rumah tersebut.

Sebuah kereta jenis Honda Accord yang terletak di tempat letak kereta rumah tersebut dipercayai kereta curi juga dirampas oleh polis.

Polis kini menyiasat sama ada kereta Honda tersebut milik suspek ataupun kereta curi.

Advertisement