Anda di sini

Meter air kembali jadi sasaran pencuri

Advertisement

DICURI: Tiga buah meter air didapati hilang di belakang bangunan di Jalan Brooke Drive, Sibu semalam.

SIBU: Meter air kembali menjadi sasaran pencuri yang ingin mengaut keuntungan mudah di bandar ini.

Semalam, tiga buah meter air dilaporkan hilang oleh penyewa premis di sebuah bangunan terletak di Jalan Brooke Drive di sini.

Menurut pengadu, mereka hanya menyedari kehilangan meter air tersebut setelah mendapati tiada bekalan air di pejabat mereka.

Apabila mereka bertanya, pemilik premis kedai lain memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai masalah bekalan air.

Mereka kemudian bertindak memeriksa meter air yang terletak di belakang bangunan dan mendapati tiga buah meter air sudah dilenyapkan oleh pencuri.

Pengadu kemudiannnya membuat laporan polis pagi semalam dan terpaksa membayar yuran untuk pemasangan semula meter air yang baharu.

Advertisement