Anda di sini

Lelaki mengaku salah cederakan warga emas

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki didenda RM6,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam kerana kesalahan dengan sengaja mencederakan seorang lelaki warga emas.

Hukuman itu dijatuhkan ke atas tertuduh setelah mahkamah menimbangkan beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukan serta mengambilkira kepentingan awam dan faktor umurnya yang telah tua.

Sim Kiaw Ming, 51, dari Kampung Lereng Bukit di sini didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan ke atas Sim Thiam Huat, 55, dengan menggunakan sebilah parang.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.30 malam, 9 Ogos tahun lalu di Kampung Lereng Bukit di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh memohon hukuman yang ringan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.

Advertisement