Anda di sini

Kedai borong kerugian RM75,000 dipecah masuk

Advertisement

MIRI: Sebuah kedai borong kerugian RM75,000 setelah premisnya yang terletak di Jalan Airport, di sini dipecah masuk pencuri.

Kejadian itu hanya disedari oleh seorang penyelia di kedai berkenaan sekitar jam 8 pagi, Isnin lalu semasa membuka kedai tersebut untuk memulakan perniagaan.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat penyelia terbabit di Balai Polis Pusat Miri di sini.

Dalam aduannya, penyelia terbabit memberitahu semasa membuka kedai untuk memulakan perniagaan sekitar jam 8 pagi, Isnin lalu, beliau dapati pintu belakang kedai dibuka secara paksa menggunakan api.

Beliau yang kemudian membuat pemeriksaan lanjut dalam kedai mendapati wang tunai hasil jualan harian berjumlah RM75,000 yang disimpan dalam laci meja juruwang hilang dipercayai dilarikan pencuri.

Advertisement