Anda di sini

Jaga sensitiviti agama masing-masing: Harden

Advertisement

MESRA: Harden (tengah) bersama tetamu lain serta penghuni Rumah Pakit, Sri Aman pada majlis itu.

Tindakan mencela atau menghina agama orang lain hanya akan menyebabkan berlakunya perpecahan

SRI AMAN: Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis menasihati rakyat berbilang kaum di negeri ini agar terus saling menjaga sensitiviti agama yang dianuti masing-masing.

Menurutnya, tindakan mencela atau menghina agama orang lain hanya akan menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan sesama rakyat.

Katanya mujurlah rakyat berbilang kaum dan berlainan agama di negeri ini masih tidak mudah terpengaruh dengan isu agama pengan yang sedang berlaku di Semenanjung Malaysia.

“Inilah kelebihan kita dan kekalkan perpaduan serta rasa hormat antara satu sama lain sebagaimana yang dinikmati pada hari ini,” katanya.

Harden yang juga Menteri Muda Perumahan berkata demikian pada kunjungan perayaan Krismas di Rumah Pakit, Sri Aman.

Beliau berkata, perpaduan yang terus kekal hormoni mampu menyumbang kepada transformasi pembangunan di negeri ini yang pesat dan membangun.

“Saya berharap rakyat pelbagai kaum dan agama di Sarawak mengamalkan sikap keterbukaan kerana ia penting demi masa depan pembangunan negeri ini,” katanya yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang

Turut hadir Ahli Majlis Daerah Sri Aman Kaunselor Sawing Sumar, wakil Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Simanggang Patrick Michael Malajin dan ketua-ketua masyarakat sekitar Sri Aman.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian kini mendapat bantahan daripada umat Islam di Semenanjung Malaysia.

Advertisement