Anda di sini

Sarawak berpuas hati muncul naib juara

Advertisement

NAIB JUARA: Peserta Sarawak bersama pengurus pasukan muncul naib juara Kejohanan Tang Soo Do Kebangsaan di Selangor.

KUCHING: Sarawak sekadar berpuas hati di tempat kedua Kejohanan Tang Soo Do Peringkat Kebangsaan Persekutuan Tang Soo Do (Fomtsdo) Ke-20 di Selangor baru-baru ini.

Juara kejohanan itu dirangkul Perak yang memunggut 19 pingat emas, 16 perak dan 21 gangsa sekali gus membawa pulang trofi kejohanan yang disampaikan Presiden Fomtsdo, Charles Chiam.

Sarawak tidak kurang hebatnya apabila berjaya meraih 17 emas, 16 perak dan lapan gangsa, manakala Selangor di tempat ketiga dengan enam emas, sembilan perak dan sembilan gangsa.

Kejohanan itu disertai sembilan pasukan seluruh negara.

Menurut Charles, kejohanan kali ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden atau kecederaan teruk.

“Saya berharap keadaan seperti ini berterusan pada edisi akan datang,” katanya.

Advertisement