Anda di sini

Pasukan Takah Sepintu rangkul Piala YB Alexander

Advertisement

JUARA: Pemenang bersama Alexander (berdiri empat kiri) pada kejohanan bola sepak 9-Sebelah Piala Pusingan YB Alexander Vincent di Kanowit, petang kelmarin.

KANOWIT: Pasukan Takah Sepintu muncul juara pertandingan bola sepak 9-Sebelah Piala Pusingan YB Alexander Vincent yang berakhir di padang SK Sungai Tuah di sini, petang kelmarin.

Mereka menewaskan Real Kubota dengan jaringan 2-1 melalui sepakan penalti selepas kedua-duanya terikat 1-1 dalam masa penuh perlawanan.

Tempat ketiga disandang oleh Dunia Ria TV1, sementara Dayak Revolution di tempat keempat.

Selaku juara, Takah Sepintu membawa pulang hadiah wang tunai RM700 berserta piala dan medal.

Real Kubota dan Dunia Ria TV1 masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500 dan RM300 serta piala iringan dan medal.

Dayak Revolution turut membawa pulang RM100 sebagai hadiah sagu hati.

Sebanyak 11 pasukan menyertai pertandingan tersebut dianjurkan oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) Sungai Tuah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Alexander Vincent telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata akan menaikkan hadiah wang tunai pertandingan tersebut pada tahun hadapan dalam usaha menarik lebih banyak pasukan bola sepak menyertainya.

Beliau berkata, aktiviti sukan adalah satu cara terbaik untuk menyatukan golongan belia di kawasan itu.

Hadir sama Penghulu Barnabas Angkis, Penghulu Ugap Seribu dan Penghulu Ijam Tuah.

Advertisement