Anda di sini

Jom sertai futsal Piala ADUN Piasau

Advertisement

MIRI: Department of Art, Culture and Sport dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau akan menganjurkan Kejohanan Futsal Piala ADUN Piasau 2014 pada 25 dan 26 Januari ini.

Jurucakap penganjur, Mohamad Fauzi berkata pertandingan itu terbuka kepada semua pasukan futsal tempatan dalam dan luar Miri.

Kejohanan itu akan berlangsung di gelanggang terbuka dan berbumbung Kelab Rekreasi Petrolium (KRP), di sini.

Manakala tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Januari ini.

Taklimat dan undian akan dijalankan pada 17 Januari di Pejabat PAS kawasan Miri, Lot 779, Tingkat 3, Bintang Jaya Comercial Centre, Jalan Bintang di sini.

Yuran penyertaan bagi setiap pasukan yang menyertai pertandingan itu adalah RM100 dan perlu dibayar tunai kepada penganjur.

Johan, naib johan dan tempat ketiga akan menerima hadiah wang tunai RM1,000, RM700 dan RM500 bersama piala iringan.

Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Mohamad Fauzi di talian 019-5989872 atau Asrul (019-2669326).

Advertisement