Anda di sini

Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Merotai adakan gotong-royong perangi AEDES

Advertisement

TAWAU: Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Merotai mengadakan gotong-royong bersepadu membersihkan tempat pembiakan nyamuk aedes di Taman Victoria di sini semalam berikutan peningkatan kes denggi di kawasan itu sejak kebelakangan ini.

Gotong-royong itu turut disertai Jabatan Kesihatan, Rukun Tetangga, JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Muhibbaharaya dan Kelab Tawau FM.

Pemimpin Kemajuan Rakyat Merotai Bacho Kallo berkata pihaknya menjalankan gotong-royong di situ disebabkan taman itu merupakan satu daripada kawasan yang mencatat kes denggi ketika ini.

“Saya harap masyarakat yang tinggal di sini berganding bahu membantu pihak kesihatan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes di persekitaran rumah mereka,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. — Bernama

Advertisement