Anda di sini

S’wak yakin raih empat pingat emas SUKMA XVII

Advertisement

KUCHING: Sarawak yakin untuk memenangi empat pingat emas acara tenis pada Sukan Malay­sia (SUKMA) XVII di Perlis dari 27 Mei hingga 4 Jun tahun ini.

Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), Datuk Patrick Liew berkata keyakinan itu berdasarkan pengala­man pemain senior dalam 12 ahli pasukan.

“Kami menyasarkan Mohd Assri Merzuki untuk memenangi pingat emas perseorangan lelaki, manakala Ariez Elyaas Deen Hesham dan Alvin Teng (emas bergu lelaki), Aslina Chua (emas per­seorangan wanita) selain emas acara berpasukan,” katanya.

Menurutnya, Assri, Ariez dan Aslina ketika ini berlatih dan menuntut di Amerika Syarikat se­mentara sebahagian ahli pasukan belum dimuk­tamadkan.

“Kita membariskan sembilan pemain lelaki dan lapan wanita untuk Pasukan Bayangan SU­KMA XVII dan selain trio Amerika Syarikat, sebahagian ahli pasukan mengikuti latihan pu­sat bermula 15 Disem­ber hingga pertengahan April tahun ini di Kuch­ing, Sibu dan Miri,” ujarnya.

Pemain lain dalam pasukan bayangan ter­masuk Kenneth Tan, Mohd Norhairi Khaidir, Rohaizat Achop Borhan Janang, Mohd Fauzi Zaki, Rahmat Juimbai Borhan Janang dan Gre­gory Tan untuk lelaki manakala wanita diba­risi Cecelia Lai, Melanie Lau, Belinda Chai, Linda Liong, Kirstin Leong, Alia Azman serta Goh Suan.

Pasukan negeri akan di­latih Bryan Leo Lannette Kintanar dan dibantu John Francis Gil B Largo serta Liew Meang.

“Ki t a memu ­tuskan senarai akhir lima lelaki dan lima wanita sebelum 15 April, selain dua pemain simpanan lelaki dan wanita sebagai pendedahan pada SUKMA 2016,” ka­tanya.

Advertisement