Anda di sini

Sarawak kalah tipis di pangkuan Sabah

Advertisement

KUCHING: Bermain di luar kemampuan sebenar menyebabkan Sarawak kalah tipis 1-0 kepada Sabah pada perlawanan persahabatan di Stadium Likas, Sabah petang kelmarin.

Biarpun mempunyai banyak peluang dalam perlawanan itu namun pemain-pemain Ngap Sayot gagal menjaringkan gol.

Penolong Jurulatih Sarawak, David Usop berkata semua pemain gagal menampilkan permainan bertenaga.

Menurutnya, ini boleh di­lihat semua pemain agak lesu dan gagal memanfaatkan pe­luang terhidang.

“Saya boleh sifatkan ini bu­kan prestasi sebenar pemain. Kita sebenarnya mampu me­nang perlawanan itu.

“Kita boleh lihat pemain-pemain beraksi agak lesu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, katanya, apa yang membanggakan se­tiap pemain telah mendapat pendedahan sewajarnya me­nentang pasukan jiran.

“Kita telah beraksi di Indo­nesia dan kali ini menentang Sabah.

“Saya dapat lihat secara kes­eluruhannya prestasi pemain meningkat dari satu perla­wanan ke satu perlawanan,” ujarnya.

Katanya, baki dua minggu sebelum saingan Liga Malay­sia 2014 bermula akan diman­faat dengan sebaik mungkin untuk mempertajam semua posisi.

“Kita akan memanfaatkan baki dua minggu sebelum liga bermula untuk mempertajam setiap posisi,” jelasnya.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam ketika beraksi di Stadium Negeri yang mana perlawa­nan tersebut dihentikan pada minit ke-74 ekoran hujan lebat.

Perlawanan persahaba­tan seterusnya menyaksikan Sarawak menentang KL SPA Putrajaya pada 11 Januari di Stadium Negeri, di sini ber­mula jam 8.15 malam.

Advertisement