Anda di sini

Red Hackle B juara Piala DUN Nangka

Advertisement

SIBU: Pasukan Red Hackle B muncul juara Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Piala DUN Nangka yang berakhir di Padang Penjara di sini, petang kelmarin.

Pasukan tersebut telah menewaskan pasukan Rimba Hijau A dengan jaringan 3-1.

Selaku sang juara, Red Hackle B membawa pulang hadiah wang tunai RM500 serta piala dan medal, diikuti Rimba Hijau A selaku naib juara memenangi wang tu­nai RM300 serta piala dan medal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapa’ee menyempur­nakan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Kejohanan itu dianjurkan Sekretariat Sosial, Sukan, Kebudayaan dan Perpaduan DUN Nangka bermula sejak 28 Disember lalu dan disertai sebanyak 36 pasukan.

Pada perlawanan akhir, ia dimeriahkan dengan ke­hadiran bekas pemain ten­gah Ngap Sayot dari Cam­eroon, Guy Bwele serta para penyokong kelab bola sepak Sarawak, GB13.

Hadir sama Pengerusi Sekretariat Sosial, Sukan, Kebudayaan dan Perpaduan DUN Nangka, Jimmy De Rozario.

Advertisement