Anda di sini

Lescott menuduh para penyokong kelab ejek dirinya

Advertisement

LONDON, England: Pemain pertahanan Manchester City, Joleon Lescott menuduh penyokong kelab beliau send­iri melakukan ejekan yang tidak sepatutnya ke atas be­liau semasa satu perlawanan Piala FA Inggeris di Black­burn Rov­ers Sabtu lepas.

Les­cott tidak gem­bira apabila se­kumpulan kecil penyokong City mencemuhnya ketika kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan pusingan ketiga di Ewood Park.

Lescott, yang dikaitkan dengan satu perpindahan dari City pada bulan ini, meng­gunakan laman sosial Twitter untuk meluahkan kekece­waannya, beberapa jam se­lepas tamat permainan.

“Hanya boleh meminta maaf kerana tidak menun­jukkan sebarang penghar­gaan kepada penyokong se­lepas perlawanan tetapi ada beberapa komen yang saya dengar dari sekumpulan kecil penyokong sememangnya tidak wajar dikeluarkan,” kata Lescott.

“Saya tid­ak akan mengu­las lan­jut tetapi ia tidak berkaitan dengan bola sepak dan tidak wajar dikeluar­kan. Selain dari itu, sokon­gan anda sentiasa dialu-alukan.”

Lescott han­ya membuat 14 penampilan di bawah bimb­ingan Manuel Pellegrini musim ini dan di laporkan menjadi sas­aran Totten­ham Hotspur dan Newcas­tle United. — AFP

Advertisement