Anda di sini

Kota Sentosa melakar kemenangan pertama Liga Bola Keranjang S’wak

Advertisement

KUCHING: Persatuan Bola Keranjang Kota Sen­tosa mengambil kesempa­tan beraksi di gelanggang sendiri untuk mengalahkan Persatuan Bola Keranjang Sungai Apong (Saba) sekali gus melakar kemenangan pertama Liga Bola Keran­jang Sarawak Zon Kuching Trofi Kejuaraan Imperial Ke-2 Sabtu lalu.

Beraksi dalam Kumpu­lan B Lelaki, Kota Sen­tosa memulakan perlawa­nan agak perlahan selepas sekadar mendahului 12-10 pada suku pertama sebe­lum menjarakkan kedudu­kan 40-29 tamat separuh masa.

Pada suku ketiga, kedua-dua pasukan berusaha un­tuk memenangi perlawanan tetapi Kota Sentosa terus menjarakkan kedudukan dengan mendahului 59- 46.

Suku terakhir men­yaksikan Saba berusaha mengimbangi perlawanan, namun usaha mereka agak terlambat kerana pasu­kan tuan rumah menang 70-59.

Satu lagi perlawanan Kumpulan B lelaki men­yaksikan Stranger mudah mengalahkan Efos Kim­bay dengan kemenangan 70-59.

Te r d a h u l u d a l a m Kumpulan A, pasukan yang dibarisi pemain Bumi­putera – Krypronite hanya mampu mengimbangi per­lawanan pada suku pertama 10-18 sebelum kalah teruk 64-92 kepada NHN (Pru­dential).

Sehingga semalam, NHN (Prudential) mendahului Kumpulan A lelaki den­gan dua mata hasil satu kemenangan manakala Krypronite di kedudukan kedua dengan satu mata diikuti Lord Tiger.

Dalam Kumpulan B lelaki, Saba masih menda­hului dengan tiga mata hasil satu kemenangan dan satu kekalahan diikuti Kota Sen­tosa dengan dua mata hasil satu kemenangan semen­tara Stranger dengan dua mata selepas kemenangan ke atas Efos Kimbay.

Kategori wanita pula menyaksikan Boon Ting Food Products selesa men­dahului liga selepas men­gumpul empat mata di­ikuti Pest dan GT Industrial masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Advertisement