Anda di sini

Bwele cuba nasib ke Australia

Advertisement

BWELE

SIBU: Bekas pemain tengah Ngap Sayot dari Cam­eroon, Guy Bwele tetap akan meneruskan kariernya walaupun tidak lagi bermain untuk pasukan Sarawak.

Masih popular di kalan­gan peminat bola sepak di Sarawak, Bwele, 30, mem­bayangkan bahawa beliau akan menjalani ujian bersama kelab di Australia.

“Saya menunggu sehingga semuanya selesai untuk pergi ke Australia kerana ini adalah langkah saya seterusnya se­lepas tidak bermain untuk Sarawak musim ini,” katanya di sini petang kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hala tujunya selepas digugurkan oleh pasukan Ngap Sayot pada musim ini.

Beliau dijemput oleh ke­lab penyokong bola sepak Sarawak, GB13 menonton perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Piala DUN Nangka, di Pa­dang Penjara di sini.

Perlawanan akhir itu meli­batkan pasukan Rimba Hijau A menentang Red Hackle B yang turut disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Neg­eri (ADUN) Nangka, Dr An­nuar Rapa’ee.

Bwele turut membayangkan bahawa beliau akan mencuba nasib dengan pasukan Mel­bourne Victory atau Tilford Zebras di Australia.

Beliau berperanan sebagai pemain tengah, pertahanan atau pertahanan tengah.

“Saya boleh bermain di bahagian pertahanan tengah, tetapi juga boleh menyerang. Anda lihat apabila anda meny­erang, anda juga perlu berta­han,” katanya ketika ditanya mengenai peranannya di atas padang.

Pemain Cameroon ini adalah antara enam pemain yang digugurkan daripada pasukan Sarawak untuk menghadapi Liga Super pada 18 Januari ini.

Bwele mula bermain bola sepak seawal usia enam tahun berkata, beliau tidak pernah menyesal walaupun tidak tersenarai dalam skuad Piala Dunia untuk negaranya.

“Saya tidak pernah mem­punyai peluang untuk pergi ke Piala Dunia, tetapi saya membuat banyak pilihan. Saya pernah menjadi kapten untuk pasukan kebangsaan tempatan.

“Saya mesti mengatakan bola sepak adalah sesuatu yang saya sangat suka dan itulah sebabnya saya boleh bermain dengan semangat dan keinginan kerana saya benar-benar suka sukan ini,” kata bapa kepada tiga anak ini.

Menurutnya, be­liau datang ke Sibu kerana tidak mahu mengecewakan pem­inat di sini.

Ditanya mengenai kenangan indah ke­tika bersama skuad Sarawak, beliau berkata, ia sangat banyak.

Super dan merangkul Piala Malaysia, Bwele hanya ma­hukan pasukan Sarawak melakukan yang terbaik.

Katanya, Liga Super amat kompetitif di mana Sarawak akan menentang pasukan yang kuat seperti Pahang, Kelantan, Selangor dan sebagainya.

Dalam menyatakan pen­dapat peribadinya, Bwele berkata ia masih awal untuk membuat sebarang ramalan kepada skuad Sarawak bagi musim baharu ini.

Bagaimanapun, beliau ber­harap Ngap Sayot dapat kekal dalam Liga Super pada musim depan.

Bwele dan rakan senegaranya, Kalle Sone mula meny­ertai Sarawak se­belum bermu­lanya kempen Liga Super 2012 apabila Ngap Sayot baharu sa­haja dinaikkan ke Liga Super.

Beliau terus me­narik perhatian peminat sepanjang kempen Liga Per­dana 2013 walaupun Ngap Sayot ditu­runkan dari Liga Su­per pada akhir 2012.

 

Advertisement