Anda di sini

Beberapa jalan raya di sekitar Kuching dinaiki air

Advertisement

KUCHING:Beberapa jalan raya di sekitar bandar raya ini dinaiki air ekoran hujan lebat yang turun sejak jam 3.50 petang semalam.

Kejadian terbabit sekali gus menyukarkan pergerakan trafik dan menyebabkan kes­esakan berlaku.

Tinjauan pemberita se­malam mendapati beberapa jalan di sepanjang jalan utama menuju ke Bandar Baharu Batu Kawa dinaiki air setinggi satu kaki.

Ekoran itu, kelihatan be­berapa kenderaan kecil ter­sadai akibat banjir kilat yang berlaku di situ.

Antara lokasi yang dikenal pasti terjejas teruk akibat banjir kilat itu adalah Bandar Baharu Batu Kawa dan peru­mahan RPR Batu Kawa.

Kawasan parkir persend­irian berdekatan Hospital Umum Sarawak (HUS) turut ditelenggami air.

Begitu juga sepanjang Jalan Datuk Abang Datuk Abdul Rahim, setinggi satu kaki sepanjang jalan berhampiran dengan kawasan pembinaan, kilang-kilang kecil dan ban­gunan KTS Garden.

Advertisement