Anda di sini

Skuad Mayau FT muncul juara Kejohanan Futsal Ambang 2014

Advertisement

TAHNIAH: Lee (tiga kanan) menyampaikan hadiah kepada wakil pasukan Mayau FT yang muncul juara Kejohanan Futsal Ambang Tahun 2014.

MIRI: Pasukan Mayau FT ditabalkan juara keseluruhan Kejohanan Futsal Ambang 2014 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir menentang pasukan 1 DJSSB.

Selaku juara, Mayau FT membawa pulang hadiah wang tunai RM500, baucar Coneli bernilai RM500, sebuah piala bersama medal iringan.

Meskipun kecewa dalam perlawanan akhir, namun pasukan 1 DJSSB tetap menerima RM300, baucar Coneli RM400, piala dan medal iringan.

Tempat ketiga pula milik pasukan Sayot’z 2 selepas mengalahkan pasukan Lego-Lego bagi merebut tempat ketiga dan keempat.

Pasukan Sayot’z 2 menerima RM200, baucar Coneli bernilai RM300, piala dan medal.

Dalam satu lagi kategori, pasukan Mixture FC muncul juara keseluruhan kategori wanita selepas mengalahkan pasukan Highlanders pada perlawanan akhir.

Selaku juara, Mixture FC menerima RM300 dan baucar Coneli RM300 manakala Highlanders pula menerima RM200 dan baucer RM200.

Pasukan D’Bubbles pula yang berada di tempat ketiga pula menerima RM100 dan baucar Coneli RM100.

Sejumlah 46 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan itu manakala empat pasukan bagi kategori wanita.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Pengerusi Penganjurnya, Lee Joon Siong.

Advertisement