Anda di sini

PPSPPA berjaya kurangkan 29 peratus aduan pada 2013

Advertisement

SEREMBAN: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Perbersihan Awam (PPSPPA) berjaya menurunkan aduan 29 peratus pada 2013 iaitu menerima 2,228 aduan berbanding 3,131 pada 2012.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ab Rahim Md Noor berkata syarikat konsesi SWM Environment Sdn Bhd (SWM) membangunkan sistem pengurusan aduan yangsistematik dan berintegrasi agar aduan yang diterima dapat disalurkan kepada pejabat cawangan SWM untuk tindakan segera.

“Penurunan aduan ini ekoran SWM menaik taraf mutu perkhidmatannya kepada pelanggan dengan penggunaan kenderaan dan jentera berteknologi moden seperti kenderaan kompaktor berteknologi tinggi, ‘Ultra Whack Vacuum Cleaner’ dan sebagainya.

“PPSPPA dan SWM sentiasa berterusan memberikan perkhidmatan ke tahap maksimum untuk kepuasan pelanggan. Sehubungan itu PPSPPA menggariskan enam terasutama pelan strategiknya bagi 2014 hingga 2020,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel strategik program 2014 PPSPPA di sini semalam.

Beliau berkata teras pertama ialah transformasi minda masyarakat supaya bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran, manakala teras kedua melaksanakan pengurusan sisa pepejal secara mampan.

Ab Rahim berkata teras ketiga pemerkasaan penggunaan teknologi, kemudahan dan fasiliti sisa pepejal yang cekap serta berkesan manakala teras keempatsumber kewangan yang mampan.

“Teras kelima mempergiatkan penyelidikan dan pembangunan manakala teras keenam meningkatkan imej korporat dan memperkasakan sistem penyampaian organisasi,” katanya.

Katanya berdasarkan pelan itu PPSPPA menetapkan visi ‘Ke arah meningkatkan kualiti persekitaran yang bersih dan sejahtera menjelang 2020’ dan PPSPPA harusbersedia berubah ke arah kecemerlangan dalam memacu fungsinya supaya mampumencapai dan melaksanakan enam teras itu.

“PPSPPA perlu bersedia untuk menghadapi cabaran menuju negara maju 2020. Tanggungjawab untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai persekitaran bersih dan sejahtera harus dipikul oleh semua pihak.

“Masyarakat juga perlu bersedia untuk berubah dengan menjadikan kebersihan sebagai budaya hidup dan tanggungjawab bersama,” katanya. — Bernama

Advertisement