Anda di sini

Post mortem Sukan SEA dua minggu lagi, kata Khairy

Advertisement

LANCAR: Khairy (dua kiri) bersama Duta Jelajah Trofi Piala Dunia FIFA 2014, Dwight Yorke (dua kanan) bersama trofi tersebut pada Pelancaran Riuh di Brazil di Sri Pentas, Bandar Utama kelmarin. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) akan melakukan post mortem dalam tempoh dua minggu terhadap kemerosotan sukan yang menjadi lubuk emas kontinjen negara pada Sukan SEA Myanmar bulan lepas, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata selepas sesi post mortem tersebut, anggota panel mesyuarat post mortem itu akan mencadangkan langkah untuk mengatasi kelemahan dan kemerosotoan sesetengah jenis sukan yang pernah menjadi penyumbang pingat pada temasya dwitahunan itu.

Beliau berkata sukan seperti olahraga, renang dan berbasikal sebelum ini merupakan lubuk emas kepada negara namun kini sukan tersebut menunjukkan penurunan prestasi yang ketara.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen ‘Riuh di Brazil’ sempena Jelajah Piala Dunia FIFA 2014.

Katanya, beliau masih belum berpeluang berjumpa dengan kepimpinan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia bagi membincangkan isu berkenaan. — Bernama

Advertisement