Anda di sini

Dua keluarga nyaris maut kemalangan

Advertisement

SRI AMAN: Sebuah keluarga dalam perjalanan balik dari Pasar Sri Aman nyaris maut setelah kereta Perodua Viva yang dinaiki oleh mereka dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Perodua Kenari di Kilometer 1, Jalan Sabu berhadapan bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini semalam.

Dalam kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi, kereta Viva dinaiki oleh sebuah keluarga itu dikatakan dalam perjalanan balik ke rumah mereka setelah membeli-belah di pasar ini.

Manakala, kereta Kenari yang juga dinaiki sebuah keluarga juga turut dalam perjalanan dari pasar Sri Aman balik ke rumah mereka di Jalan Sabu, di sini.

Menurut sumber, kereta Kenari terbabit dipercayai secara tiba-tiba terlanggar belakang kereta Viva berkenaan sebelum terbabas ke tepi longkang.

Dalam pada itu, kedua-dua buah keluarga terlibat dalam kemalangan terbabit tiada mengalami sebarang kecederaan bagaimanapun kedua-dua kereta Viva dan Kenari terbabit sedikit remuk.

Berikutan kejadian berkenaan mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan hampir sejam.

Advertisement