Anda di sini

Saiful, Nurul Asma juara boling padang Piala LANDAS

Advertisement

KUCHING: Saiful Sami dan Nurul Asma Sani dinobatkan johan acara lelaki dan wanita pertandingan boling padang Piala LANDAS yang diadakan di gelanggang Boling Padang Kuching, Petra Jaya baru-baru ini.

Saiful mudah menewaskan Madehi Ramlee 21-6 manakala Nurul Asma menundukkan Nabila Sani dengan 19-12.

Seramai 20 peserta menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Boling Padang Sarawak (SALBA) dengan hanya acara perseorangan dipertandingkan.

Meskipun hujan lebat sedikit, kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu tetap berlangsung dengan jayanya. Presiden SALBA Awang Mahyan Awang Mohamed hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Katanya, perlawanan itu menjadi landasan penting persediaan skuad boling padang yang akan bersaing pada SUKMA XVII di Perlis bermula Mei depan.

Advertisement