Anda di sini

Persatuan Penyayang Miri terima RM5,000 daripada Grand Palace

Advertisement

MIRI: Persatuan Penyayang Miri menerima sumbangan derma berjumlah RM5,000 daripada Hotel Grand Palace Miri pada majlis ringkas di lobi hotel itu, semalam.

Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan, Mary Choo kepada pengerusi persatuan, Pemanca Wilson Siang Lim.

Wilson berterima kasih kepada pihak GP atas sokongan dan keprihatinan mereka mengutip derma untuk persatuan.

“Kita berharap lebih banyak pihak tampil mencontohi pihak Grand Palace. Dana ini akan kami gunakan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan,” jelas Wilson.

Mary pula berkata, derma itu dikumpul menerusi projek Pokok Krismas Hajat mereka dengan menjual kad Krismas dan penanda buku.

“Ini merupakan projek kelima kami yang telah diadakan bermula 15 November sehingga 1 Januari. Kad-kad yang tertulis ucapan Hari Krismas dan hajat telah digantung di Pokok Krismas Hajat kami,” jelas beliau.

Mary juga berterima kasih kepada kakitangan dan orang ramai atas kerjasama mereka menjayakan projek itu yang telah dilaksanakan sejak tahun 2009.

Hadir sama Pengurus Besar Grand Palace, Vincent James Nonis.

Advertisement