Anda di sini

MARA peruntuk RM2b taja pelajar tahun ini

Advertisement

KOTA BAHARU: Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan RM2 bilion kepada kira-kira 25,000 pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah tahun ini.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata peruntukan itu meningkat sebanyak 10 sehingga 15 peratus dari tahun lepas memandangkan kos pembiayaan dan kos yuran pengajian yang semakin meningkat.

“Ini merupakan peruntukan khas kerajaan persekutuan dan ia tidak termasuk dalam bajet pendidikan RM1 bilion yang telah diumumkan perdana menteri dalam pembentangan Belanjawan 2014,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Annuar berkata penilaian penajaan perlu dilakukan bagi memastikan perbelanjaan MARA efisien selain meyakini keupayaan pusat pengajian tempatan.

“Sebagai contoh dalam bidang perubatan dan pergigian, universiti tempatan mampu melahirkan 3,000 graduan setahun dan kapasiti ini memungkinkan kitauntuk mengurangkan penajaan keluar negara secara terpilih,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata MARA juga telah menghapus kira sebanyak RM1 bilion daripada dana pinjaman pendidikan kepada pelajar tajaannya.

Beliau berkata pengurangan itu melibatkan kira-kira 80 peratus daripada dana yang telah dikeluarkan kepada pelajar tajaannya. — Bernama

Advertisement