Anda di sini

Simposium sentuh pendidikan, ekonomi, sosial Iban, 28 Februari

Advertisement

MIRI: Ketua Masyarakat Komuniti Iban Miri (KMKIM) bakal mengadakan satu simposium menyentuh hal pendidikan, ekonomi dan pembangunan sosial masyarakat Iban pada 28 Februari 2014 di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS).

Pengerusi penganjur Pemanca Wilson Siang Lim yang juga salah seorang ketua masyarakat Iban Miri memberitahu simposium itu merupakan pertama kali diadakan dengan kerjasama KMKIM, IPGKS dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri Seksyen Iban.

“Kami jangkakan seramai 300 orang akan mengambil bahagian dalam simposium tersebut melibatkan pelbagai kumpulan,” katanya kepada Utusan Borneo.

Simposium yang bertemakan ‘Betungkat Ke Adat, Penemu Digenggam Serta Pengarap Dikemerat’ itu bakal dihadiri ketua masyarakat Iban, ketua kampung, pengakses badan kehakiman, NGO Iban, guru, pegawai dan kakitangan kerajaan dari Miri serta Subis/Sibuti.

Advertisement