Anda di sini

Pengarah baharu MSNS diharap teruskan kecemerlangan Sarawak

Advertisement

KUCHING: Bekas pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Francis Nyurang Ding berharap pengarah ba­haru yang dilantik mampu meneruskan legasi kecemer­langan Sarawak dalam bidang sukan.

Pada masa sama, beliau juga menyeru warga MSNS dan semua persatuan sukan di sini memberi sokongan padu dan bekerjasama dengan pengarah baharu tersebut bagi memas­tikan usaha mengembalikan kecemerlangan sukan negeri berjaya dicapai.

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama se­lama saya mengetuai MSNS,” katanya semalam.

“Saya juga berharap penga­rah baharu yang dilantik beru­paya membawa lebih banyak kemajuan dan kejayaan buat sukan di Sarawak lebih-lebih pada SUKMA 2016 nanti.”

Ketika dihubungi semalam, Francis berkata kontraknya selaku pengarah MSNS ta­mat pada 31 Disember lalu dan beliau akan menyertai Perbadanan Sukan Negeri Sarawak (PSNS) sebaik ia memulakan operasinya dalam waktu terdekat.

Beliau mula menjadi penga­rah MSNS sejak 2005 setelah mengambil alih tugas dari An­nuar John.

Meskipun bakal berpindah ke PSNS, Francis berkata be­liau akan terus bekerjasama dengan MSNS.

“Beban MSNS akan berkurangan sebaik PSNS memulakan operasinya tidak lama lagi. Namun kedua-dua badan sukan itu saling memer­lukan antara satu sama lain.

“Tugas PSNS adalah men­jaga segala fasiliti sukan di se­luruh negeri manakala MSNS lebih kepada persediaan meng­hadapi SUKMA.”

PSNS akan diketuai oleh bekas pensyarah Institut Per­guruan Kampus Rajang, Dr Ong Kong Swee.

 

Advertisement