Anda di sini

Langkah mengurangkan kos belanja dapat sambutan baik

Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata langkah-langkah pengurangan kos perbelanjaan kerajaan yang diumum Isnin lepas mendapat maklum balas baik daripada rakyat.

Najib dalam catatan terbaharu beliau di Facebook berkata, langkah-langkah yang diumumkan itu adalah permulaan kepada kaedah lain yang bakal dilaksanakan berdasarkan keperluan dan keadaan semasa.

“Kita juga akan turut mengurangkan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran majlis-majlis rasmi kerajaan, mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan kos sewa premis.

“Pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) juga akan diguna  dengan mengoptimum penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan institusi latihan milik kerajaan,” katanya.

Isnin lalu Najib mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuat kuasa 1 Januari.

Selain itu, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas. — Bernama

Advertisement