Anda di sini

Ibu dan anak ditemui dibunuh di Villa Kipmart

Advertisement

JOHOR BAHARU: Seorang ibu dan anak lelakinya ditemui mati berlumuran darah dengan be­berapa kesan tikaman di sebuah bilik tidur di Villa Kipmart di sini awal semalam.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Ismail Yatim berkata may­at Patmavathy A.T Samy, 63, dan anaknya Suba R.Subramaniam, 40, ditemui terbaring di dalam bilik itu oleh keluarga mereka kira-kira jam 1 pagi.

“Polis yang dimaklumkan ten­tang kejadian itu telah bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan menemui sebilah pi­sau dan gunting yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa,” katanya kepada pem­berita di sini semalam.

Katanya polis masih menyiasat motif pembunuhan dua be­ranak tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berikutan itu juga, polis sedang mengesan dua lelaki warga asing yang bekerja dengan keluarga tersebut yang dipercayai meng­hilangkan diri selepas kejadian. — Bernama

Advertisement