Anda di sini

Munchu A juara sepak takraw PBB Zon Tagalpada

Advertisement

HEBAT: Simie (berdiri lima kanan) dan jawatankuasa penganjur bersama pasukan juara Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Lelaki di Lawas.

LAWAS: Pasukan Munchu A membuktikan kehebatannya apabila muncul juara kejohanan sepak takraw terbuka anjuran Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Tagal Merapok.

Manakala naib juara dimenangi Shuleeny Generasy A dari Sundar dan ketiga pasukan Scoll (Kampung Sasa Merapok), sementara Shuleeny Generasy C menduduki tempat keempat.

Sebanyak 23 pasukan di daerah ini dan Sabah menyertai kejohanan sempena Hari Krismas itu.

Ketua Pemuda PBB Bukit Sari, Kaunselor Simie Nasip berkata kejohanan tersebut satu inisiatif berterusan penganjur untuk melahirkan bakat-bakat baharu dalam sukan sepak takraw di peringkat akar umbi.

“Walaupun masih dalam bahang perayaan Krismas, kejohanan ini mampu mengetengahkan pemain-pemain berkebolehan selain merapatkan hubungan melalui aktiviti sukan,” katanya.

Beliau berkata, golongan muda perlu terus memberi sokongan terhadap program kesukanan untuk melahirkan modal insan yang berminda positif dan sihat.

“Apabila berfikiran positif, secar tidak langsung belia dapat mengelak daripada berkelakukan buruk sebaliknya memikirkan hala tuju lebih baik untuk masa depan sekali gus mengelak sebarang aktiviti tidak sihat dan demonstrasi yang tidak mendatangkan faedah,” jelasnya.

Katanya, pergerakan Pemuda turut merangka menganjurkan pelbagai program termasuk mengadakan satu piala pusingan sepak takraw yang bakal diadakan pada September nanti.

Hadir sama pengerusi penganjur yang juga Ketua Pergerakan Pemuda PBB Zon Tagal, Ariffindi Tiga dan jawatankuasa tertinggi Pergerakan Pemuda PBB Bukit Sari Jabat Gani, Affindi Timbang, Sufri Sarudin dan jemputan lain.

Advertisement