Anda di sini

Jumaah Majlis Diraja Johor hormati niat bekas presiden JCorp

Advertisement

JOHOR BAHARU: Jumaah Majlis Diraja Johor meng-hormati niat tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim untuk memulangkan semula ketiga-tiga darjah kebesaran negeri Johor baru-baru ini.

Setiausahanya Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, keputusan Jumaah itu telah dipersembahkan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

“Jumaah Majlis Diraja menghormati niat mulia Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Muhammad Ali Hashim,” katanya di dalam satu kenyataan empat perenggan semalam.

Undang-undang dan per-aturan Darjah Mahkota Johor, kata Abdul Rahim, memperuntukkan seorang Datuk Johor boleh berhenti menjadi ahli darjah di atas apa sebab sekalipun dengan memulangkan tanda kebesaran itu kepada Jabatan Menteri Darjah berkenaan.

Kenyataan beliau itu meru-juk tindakan Muhammad Ali yang juga bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp) memulangkan kesemua tiga darjah kebesaran Johor kepada jumaah pada 27 Disember lepas.

Tokoh korporat itu pada 28 Disember lepas berkata tindakannya itu adalah berikutan kenyataan Abdul Rahim pada 5 Disember lepas berhubung artikel tulisannya dalam sebuah akhbar tempatan yang disiar pada 2 Disember lepas.

Setiausaha Majlis Jumaah Diraja Johor itu telah meminta Muhammad Ali memberikan penjelasan berhubung artikelnya yang bertajuk, ‘Menuntut Hak, Menebus Masa Silam’.

Darjah kebesaran yang dikembalikan ialah Darjah Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang diterima pada 8 April 1996 dan Darjah Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang diterima pada 8 April 1984, kedua-duanya membawa gelaran ‘Datuk’, serta Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ). — Bernama

Advertisement